Tuesday, October 2, 2012


Solusi issue 46 “Taubat Sebelum Terlambat”


Sepintas lalu...

Price : RM 10.00 --> RM 9.50

what is interested in this magazine...

Firman Allah yg bermaksud:
 “Sesungguhnya Allah mencintai orang yg banyak bertaubat.”
 (Surah al-Baqarah 2:222)

 
Rasulullah bersabda yg bermaksud: 
‘Sesungguhnya, malaikat di sebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba Muslim yg membuat kesalahan. Jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah daripada dosa tersebut, maka akan ‘dilemparkan’ sahaja dosa tersebut. Jika dia tidak membuat sedemikian, maka akan ditulis satu dosa.”
(Riwayat al-Tabarani)

 
Issue: Repent Before its Late
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Seorang Mukmin jika berbuat dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya . Maka itulah penutup yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
 
Abdullah bin Umar mengingatkan: “Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menungu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Renungilah kata-kata Imam al-Ghazali rhm. Ini kepada anaknya: “Wahai anak, sebahagian nasihat daripada Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ; tanda bahawa Allah berpaling daripada seseorang adalah apabila dia membuang waktu untuk sesuatu yg tidak bermanfaat dan jika seseorang hilang sebentar sahaja dari umurnya dalam mengerjakan sesuatu yg dilarang oleh Allah, maka sesungguhnya merupakan penyesalan, dan sesiapa yg telah berumur lebih 40 tahun, tetapi kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka. Rasanya cukup bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.” 


 
~:: all in this issue are the best....dont forget to have one! ( ^ _ ^)

No comments:

Post a Comment